Hakikat yang broker sembunyikan dari trader

Bekas trader dari Bank antarabangsa, Anton Kreil mendedahkan sisi hitam industri brokerage dan kenapa broker tidak menyukai trader yang profitable.

Mungkin anda pernah tertanya-tanya dari manakah dan bagaimanakah broker itu mampu menyediakan leverage yang besar dan kenapa semua ini ditawarkan kepada trader?

Jawapannya adalah dari Bank pelaburan(investment bank). Bank akan menyediakan kemudahan pinjaman kredit kepada broker untuk memudahkan broker tersebut beroperasi. Broker akan menjana keuntungan dari spread, komisyen, pembiayaan kewangan, OTC dan juga kerugian dari trader itu sendiri. Broker sangat suka trader yang over-leverage dan over-trading(entry kerap hampir setiap hari dan entry berlapis-lapis). Melalui cara ini trader itu akan secara sendirinya melakukan kesilapan dan seterusnya kerugian yang banyak. Apabila trader itu rugi cuba teka apa yang akan dilakukannya? – deposit wang lagi!

Kenapa broker tidak suka profitable trader? Ia adalah kerana broker terpaksa melepaskan lindung-nilai(hedge) mereka dan dalam masa yang sama broker terpaksa menggunakan lebih banyak wang untuk hedging setiap posisi yang dibuat oleh profitable trader. Broker tidak kerugian dalam situasi ini namun sedikit sebanyak telah ‘disusahkan’ oleh profitable trader. Hedging dibuat oleh broker setiap kali seseorang trader itu membuka posisi entry.

  • Apabila trader rugi broker akan buat income yang banyak termasuk kerugian trader tersebut(OTC gain).
  • Akan tetapi apabila trader itu profitable, broker akan kurang menjana wang bahkan perlu lebih banyak wang untuk membuat hedging sebagai urusniaga bersama trader itu sendiri.

Apa itu OTC gain? Ia bermaksud broker akan hedge posisi untuk elakkan kerugian semasa client membuka transaksi. Jika anda keuntungan, broker tidak akan kerugian. Tetapi apabila anda kerugian, broker akan keuntungan. Keuntungan inilah dipanggil sebagai OTC. Sila ke halaman ini untuk maklumat lanjut.

PS: tak hairan sesetengah broker akan ‘buat hal’ untuk menganggu trader. Ada diantaranya widening spread semasa news(agar trade terkena stoploss), no connection, requotes dan paling teruk, membatalkan profit yang dihasilkan oleh trader kononnya melanggar peraturan tertentu yang telah ditetapkan broker.

Tonton video ini dan fahamkan isi kandungannya.