APA ITU PRICE ACTION? -DAN KENAPA ANDA WAJIB PELAJARINYA

Hai selamat datang ke Website price action pullback(PPA)! Sebuah blog dalam tulisan bahasa Malaysia.

PPA adalah singkatan dari Pullback Price Action – merupakan blog khas memfokuskan price action. Artikel dari blog ini boleh didapati dari website asal admin di www.pullbackforextrading.com.

Artikel-artikel yang disiarkan dalam website ini adalah hasil kajian dari internet, terjemahan serta dari pengalaman admin sendiri dalam live trading sejak 2009 lagi. Disebabkan kebanyakan sumber dari internet adalah berbahasa Inggeris dan adakalanya sukar difahami oleh sesetengah pembaca, oleh itu website ini adalah inisiatif untuk menyampaikan ilmu-ilmu tersebut ke dalam bahasa Malaysia untuk pembaca terutamanya di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei dan juga Indonesia.

Apa itu price action? Berikut pengenalan untuk pemula.

Apakah itu price action? Price action adalah kaedah yang digunakan oleh trader, instusi kewangan dan juga hedge fund untuk menganalisa dan seterusnya untuk mengetahui pergerakan arah pasaran.

Price action trading adalah perdagangan menggunakan data sebenar(raw data) yang terdapat pada chart broker anda tanpa bergantung pendapat ketiga melalui news ataupun teknikal indikator. Price action trading juga dikenali sebagai ‘Naked trading.’

Pergerakan market yang tertera pada chart anda adalah hasil terakhir pergerakan pasaran yang terbentuk dari berita ekonomi dan juga hasil pembelian dan penjualan oleh majoriti trader di seluruh dunia. Hasil pembelian dan penjualan secara majoriti menggerakkan, menghasilkan bentuk-bentuk candlestick serta chart pattern yang anda boleh lihat melalui chart platform trading anda(samada MT4 ataupun MT5 mahupun webtrader).

Kelebihan trading price action

Kelebihan yang paling ketara adalah anda tidak perlu lagi bergantung data yang agak lambat dari indikator teknikal yang ‘lagging’ dan sering memberikan signal yang sudah terlambat. Akibatnya trader akan memasuki pasaran pada waktu yang sudah terlewat.

Melalui kaedah price action, anda akan melihat secara terus maklumat dari pasaran semasa dan seterusnya membuat entry bersesuaian dengan keadaan semasa samada short term ataupun long term.

Berikut antara topik menarik yang akan anda pelajari dalam blog ini;

  • Candlestick dan membaca candlestick secara betul
  • Menggunakan candlestick pattern untuk membuat keputusan trading sendiri(buy dan sell)
  • Strategi price action melalui pattern(gabungan lebih dari satu candlestick) seperti mother bar, inside bar, combo dan lain-lain
  • Membina skill trading dan analisis anda berdasarkan topik-topik yang disampaikan
  • Menggabungkan strategi dengan Support Resistance untuk memaksimakan keuntungan
  • ..dan banyak lagi!

Anda bosan sering terkena false signal indikator dan selalu loss sebab masuk penghujung market? Itulah sebabnya anda wajib belajar price action ini.

Yang mana anda mahu?

Adakah ini,

foto : dailypriceaction

Atau ini?

Terima kasih atas kesudian anda untuk singgah ke blog ini untuk menuntut ilmu. Semoga kejayaan milik anda!

Happy trading! –Mohd Nasyit